Stadium Dodger
Stadium Dodger

Stadium Dodger

Stadium Dodger (bahasa Inggeris: Dodger Stadiumcode: en is deprecated ) ialah stadium besbol yang terletak di kejiranan Elysian Park Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang utama bagi pasukan Major League Baseball, Los Angeles Dodgers. Stadium yang telah dibuka sejak tahun 1962 ini dibina dalam masa kurang daripada tiga tahun dengan nilai kos sebanyak AS$23 juta (AS$167 juta pada 2020[7]).[10][12] Stadium ini merupakan stadium tertua di barat Sungai Mississippi bagi pasukan MLB dan stadium ketiga tertua secara keseluruhan selepas Fenway Park di Boston (1912) dan Wrigley Field di Chicago (1914). Stadium ini juga merupakan stadium besbol terbesar di dunia dari segi kapasiti tempat duduk.Stadium ini pernah mengacarakan Perlawanan All-Star Major League Baseball sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1980 dan 2022 serta 10 Siri Dunia (1963, 1965, 1966, 1974, 1977, 1978, 1981, 1988, 2017 dan 2018). Stadium ini juga menjadi tuan rumah kepada aksi separuh akhir dan final kejohanan World Baseball Classic pada tahun 2009 dan 2017. Selain sukan besbol, stadium ini juga melangsungkan perlawanan bola sepak pada 3 Ogos yang menampilkan empat pasukan iaitu Los Angeles Galaxy, Real Madrid, Everton, dan Juventus. Los Angeles Kings dan Anaheim Ducks juga menggunakan stadium ini untuk aksi musim mereka pada 2014 sebagai sebahagian daripada NHL Stadium Series.Stadium ini kadang kala digelar sebagai “Blue Heaven on Earth,” yang pernah diungkapkan oleh pengurus Dodgers, Tommy Lasorda.[13]

Stadium Dodger

Alamat 1000 Vin Scully Avenue[3][4]
Pemilik Guggenheim Baseball Management
Saiz Padang Kiri Padang – 330 ka (101 m)
Medium Kiri-Pusat – 360 ka (110 m)
True Kiri-Pusat – 375 ka (114 m)
Pusat Padang – 395 ka (120 m)
True Pusat Padang – 400 ka (122 m)
True Kanan-Pusat – 375 ka (114 m)
Medium Kanan-Pusat – 360 ka (110 m)
Kanan Padang – 330 ka (101 m)
Backstop – 55 ka (17 m)
Permukaan Santa Ana Bermuda grass
Pecah tanah 17 September 1959 (17 September 1959)
Lokasi Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Dibuka 10 April 1962 (10 April 1962)
Perkhidmatan jurutera SA Bogen Engineers[9]
Kapasiti 56,000[5]
Pentadbir Los Angeles Dodgers
Rekod kehadiran 57,099 (Aksi pembukaan Dodgers, 13 April 2009)[6]
Kos pembinaan AS$23 juta
(AS$167 juta ada 2020[7])
Jurutera struktur William Simpson & Associates Inc.[8]
Arkitek Praeger-Kavanagh-Waterbury
Kontraktor am Vinnell Corporation[10][11]
Jenis Stadium

Rujukan

WikiPedia: Stadium Dodger https://web.archive.org/web/20141103035429/http://... http://losangeles.dodgers.mlb.com/la/ballpark/info... https://web.archive.org/web/20141129155057/http://... http://www.signweb.com/content/dodger-stadiums-new... https://web.archive.org/web/20160201050815/http://... http://m.mlb.com/news/article/163097798/road-to-do... http://www.latimes.com/sports/dodgers/la-sp-dn-cou... https://web.archive.org/web/20140714155312/http://... http://losangeles.dodgers.mlb.com/news/article.jsp... https://web.archive.org/web/20171025075440/https:/...